Saturday, May 17, 2008

perubahan yang besar... yes itu yang saya mahu kongsi untuk post kali ini.mulai minggu ini.all post yang lam2 akan di delete dan akan melalui proses perubahan yang besar dan mengambil tema tentang..(masih difikirkan).terima kasih kerana anda sudi membaca post yang dah lama tak di update nih!

Saturday, October 20, 2007

seribu tahun lagi.... aku sanggup menunggumu seribu tahun lagi........ahaks.. hari ni nenek aku marahkan aku sangat2..dia x tegur aku pun..aku faham situasi dia..biarlah..hmm...aku sudah buat keputusan untuk diri aku yang aku akan berhenti dari kolej tu...sedihnya...goodbye all myfriend...aku x dapat teruskannya lagi..mungkin aku terpaksa menerima tawaran universiti yang aku baru terima ni..alhamdullilah...hmmm...aku terpaksa meninggalkan semua rakan2 ku..sedihnya..xpelah,nak buat macam mana kan...tapi kepuusan ini mungkin tidak muktamad lagi...aku perlu buat solat istikharakh dulu...mana tahu aku buat keputusan ini tidak berkat ker...hmmm....im sad!!!!!

Friday, October 19, 2007

Berita yang memilukan.... pagi ni,aku dapat berita salah seorang saudara aku meninggal dunia kerana penyakit misteri dan meninggal di kota London..sedih jugak..malam ni keluarga buat Bacaan Tahlil selama 3 Hari dan hari ni juga aku kene marah dengan nenek aku kerana menyembunyikan rahsia mak saudaraku...aku buat ni untuk kebaikan dia...hmm..malang jugak lah hari ni,esok lagi aku sedih,sahabat karibku,Erny akan meninggalkan aku dan menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Kuala Lipis,sedih sangat,aku nak jumpa dia di stesen bas esok..sedihnya..aku pulak??belum buat keputusan lagi bila waktu yang sesuai untuk aku pulang ke Kolej.dengan berita yang aku terima ni,mungkin aku terpaksa menangguhkannya dahulu....aku sangat rindukan teman2 ku yang lain..hmmm...aku harap esok takkan ada...tidak ada!

Thursday, October 18, 2007

MIMPI BURUK huh?!!berpeluh aku bangun pagi tadi becuz aku mimpi sesuatu yang sangat mengerikan dan sangat buruk..aku mintak selisihlah..nak tahu ker mimpi aper??/xpe lah xperlu aku ceritakan di sini...becuz kata orang mimpi yang buruk tidak elok untuk diceritakan..tapi mintak selisih malaiakat 44...huhu...aku bangun dalam pukul 3-4 pagi tu n then x berani tidur lagi..aku sedikit bengang malam semlam..yelah aku dah programkan kat Astro dekoder tu untuk bukak 8TV malam semalam coz aku nak mengikuti episod KAMI dalam 8TV tu..tapi yelah nak dijadikan cerita malam semalam datang lah orang datang ke rumah aku semata-mata nak tengok bola..geramnya aku..dah lah tu,aku ni memang x minat bola lagilah aku bengang..nasib baik kat 8Tv punya website ada online TV..bolehlah aku tengok..kalau tak....sambil2 ni aku tengah checking balik banyak mana website yang telah aku daftar samada profile website,video and photo hosting,dan macam-macam lagi..anyway,silalah bukak blog yang aku sentiasa update iaitu.. blog ...bolehlah bukak yerk..commentlah sekali...ok..then,bye...

Wednesday, October 17, 2007

kebosanan melampau! aku sengaja bangun lewat hari ni,walaupun dikejutkan oleh beberapa orang...aku tahu tiada aktiviti yang aku patut lakukan...yelah semalam aku tidur pun lambat sebab tengok cerita hantu kat ASTRO KIRANA yang tajuknya Ada Hantu Di Sekolah...best jugaklah citer ni walaupun ending cerita ni agak tergantung..bangun jer aku dah dapat agak apa makanan kat dapur..Nasi Lemak..sejak dari awal raya sampai hari ni,nenek aku ni xpuas2 masak nasi lemak..sampai naik lemak dah muka aku ni..kawan aku pulak sibuk ajak pergi rumah dia..malaslah..lagipun hari ni panas skit tengahari...malam ni aku dah programkan TV kat rumah untuk bukak cerita KAMI di 8TV..best sit cerita ni..xpernah aku tengok cerita remaja yang segempak tu..huhu...

Tuesday, October 16, 2007

today is happy day yO! akhirnya,hari ni aku dapat jumpa bestfriend aku yang sangat aku rindui...erny yusnira...hmmm..aku datang kat rumah dia...rindunya aku kat dia..dia ni baik,tapi sayang belum berpunya..same mat2 hensome yang nak kenal dengan dia boleh lah..dia ni cantik...baik pulak tu..tapi dia xde lah ayu sangat..dia ni jenis selamba..after beraya kat rumah dia tu,aku pergi rumah amyza dia buat open house,dia paksa sangat aku datang..so aku datanglah dengan family erny sekali..nak dijadikan cerita family erny kenal dengan amyza ni,amyza nikiranya cewek yang kira okaylah kat sekolah dulu..dia junior aku masa kat sekolah dulu tapi tengok dia tadi,dah lain sangat,tembam jer..bila tegur,"xlah..cuteee"..haha..kelakar lar..hmmm...dari tengahari samapai isyak baru aku sampai kat rumah..dengan jem nyer,yelah jalan sibuk lah sikit orang dah habis cuti..lagipun aku xpuas lagi berya,budak-budak matrix dah pun balik matrix diorang coz esok start class..paling kempunan kawan baik aku,zihah..xsempat jumpa minah ni...xde jodoh..h mm...kepada sahabat-sahabat aku masa kat sekolah menengah dulu..aku ambik kesempatan ni untuk mintak ampun mintak maaf..kita sebagai manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan,kerana akibat dari kesilapan itulah yang mematangkan kita,SELAMAT HARI RAYA sekali lagi diucapkan...BYE

Monday, October 15, 2007

lagi sekali... hmm..bosannya aku di rumah,menyebabkan aku nekad ke cyber cafe bawah rumah aku ni...hmmm...lama lah jugak hampir lima jam..sampai puas aku menghadap komputer ni,aku edit profile aku tengok cite KAMI kat site 8TV...main game..sampai aku naik jenuh semua tu...tiba-tiba..x disangka aku jumpa sofian..a.k.a pian,budak sekolah rendah dulu..nak terkejut pun ada..huhu..sekarang,aku masih lagi di cyber cafe ni...sampai naik beku tangan aku..sejukk....masa ni sepatutnya aku ada di rumah..tapi aku pasti tiada sape kat rumah..itu akan menambahkan buhsan aku ni...rindunya kat budak2 kolej..terutama rahim,hadee,shuhada,azzim,budak2 sebilik aku(srinivas,faizal)..aku pun rindu kene marah dengan senior seperti yoep,qamal..hmm...tapi paling aku x sabar,ialah nak jumpa lecturers.sambil aku tulis blog ni,aku dengar lagu anuar zain....layan....
hmmm...pagi ni aku bangun awal pagi semata-mata untuk pergi undangan menteri besar terengganu sambut raya dengan dia.punyalah semangat aku hari ni,siap bersampin lagi,ingatkan dapat lah layanan okay kan..bila sampai,dah jumpa tempat duduk..sambil menunggu menteri besar ni bercakap,aku pun sembang dengan kawan yang baru kenal masa datang tadi,yang duduk satu meja,pelajar Universiti Darul Iman.hmm...then bila time makan aku pun angkat punggung nak ambik makanan,lepas ambik makanan,beratur punya beratur last2 tempat duduk yang aku duduk tadi dah ada orang duduk.dengan anak2 dia sekali pulak tu..frustnya aku.aku ngan mamat tadi(Iman nama dia) benganglah..dah tu kite ni berdirilah makan nasi tu..pastu mangkuk hayun yang duduk kat meja kitorang ngan anak beranak dia macam bapak dia punya hotel pergi bawak lari pulak goodies yang memang diberi khas untuk kitorang.Bila ditanya "saya x tahu,bukan kami yang ambik" pastu tengok anak dia bwk lari goodies tu senyap2..bengang nyer aku!!!!setahu aku xleh bawak lebih dari seorang teman,tapi ni lain jadi,siap bwk anak...ni lah namanya masyarakat terengganu yang x bertamadun!!!aku memang bengang giler!!!sepatutnya pihak hotel dan pengurusan majlis buat catatan kehadiran,baru betul,ni x..apa gunanya kad jemputan yang kononnya eksklusif tu.bila balik pulak aku bwk kete,pecut laju2...bengang dan sakit hati!!!!!ada jugak yang jenis macam tu...xpelah,bila balik aku change pakaian ingatkan nak pergi rumah erny(bestfriend aku dunia akhirat),bila dah on the way tu,ada pulak masalah...bila call.."erny ada kelantan lah min"...fuh,ingtkan nak buat surprise,aku pulak surprise kan..kerana hari ni hari malang bagi aku,aku cuba untuk tenangkan dalam bilik sahaja sambil terkenangkan kawan-kawan kat kolej...dan aku pun tulis blog ni..sekarang bila tengok bilik yang bersepah lagilah aku xda mood..dahlah tadi aku lupa nak mintak no.phone Iman tu kan..hmm..xpe ada panjang umur,aku boleh jumpa lagi.Bagi kerajaan Terengganu,tahniah kerana menjadikan Terengganu sebuah negeri yang mermartabatkan warisan dengan kemajuan yang sangat pesat sekarang ni,berbeza dengan beberapa tahun dulu..Tahniah sekali lagi.

Saturday, October 13, 2007

selamat hari raya!!!! open house kat rumah meriah betul,xmenang tangan...nasi minyak n nasi lemak yang nenek buat best sangat!!!huhu...hmmm...selain sedara mara..dah xpergi mane2..open house tutup kul 3..after that pergi raya rmh sedara n sleeping...huhu..penat giler...dah besar kan,xdelah duit raya kan...huhu...hmmm...gmbar raya belum upload lagi,tengoklah macam mana..esok ingat nk raya umah friends...huhu...umah sweetheart...haha..xsabarnyer...

Friday, October 12, 2007

selamat hari raya aidilfiri 2007... esok,13 oktober 2007..raya dah.... hooray..tahun ni,aku guna konsep all black dari hujung ke hujung serba hitam..hehe..macam berkabung pulak kan...hitam itu menawan beb... hmmm..raya tahu ni macam biasa lah open house raya pertama jerk..pastu dah xde dah..hehe...hmm..tahu ni,rasa kurang meriah pulak..sebab xramai sedare mare yang datang kat rumah nenek..x macam tahun2 lepas..ok lah..dah nak masuk waktu berbuka puasa,the last puasa..hehe...assalamualaikum....
assalamualaikum....selamat datang ke blog aku ni...salam perkenalan,nama penuh dalam ic adalah abdul muhaimin bin mohd.muhayeddin.dilahirkan tanggal 18 julai 1989 kat hospital kemaman.aku ni seorang yang agak permah sikit,suka buat kerja-kerja amal..suatu kepuasan buat aku.sekarang aku belajar kat CONSIST college dalm diploma occupational safety and health management.tapi,aku rasa macam nak keluar college lah,yelah masuk college ni dipaksa..dan nampaknya ia kurang sesuai buat aku,so,aku nak masuk MIIM a.k.a akademi tv3..nak ambik couse kewartawanan intergratif..sebab aku ni dari kecik lagi minat giler nak jadi wartawan.aku ada myspace,friendster,hi5 dan macam-macam lagi...hmmm...ni post blog aku yang pertama dan aku akan sentiasa update untuk diri aku dan sape2 yang nak baca..aku x kisah...aku ni plak jenis kecoh..bukan kecoh macamana..aku ni memang suka buat hal..hehe...biasalah...